2.0 KEBAIKAN PENYAMPAIAN DAKWAH MELALUI MEDIUM MEDIA SOSIAL

    Sudah jelas sekali banyak keuntungan yang diperolehi ketika seorang juru dakwah berdakwah melalui internet. Seperti yang kita tahu, saat ini kebutuhan manusia akan informasi sudah menjadi suatu kebutuhan pokok. Orang-orang disibukkan dengan rutinitas kesehariannya sehingga tidak sempat menonton atau membaca berita lewat televisi atau koran, sehingga mereka menggunakan alternatif untuk dapat mengakses informasi lewat Internet. Dengan kemudahan itu, maka saat ini informasi bisa didapatkan tanpa harus terikat ruang dan waktu.

    Ini adalah kesempatan bagi seorang juru dakwah dalam mengembangkan strategi dakwahnya yang lebih inovatif dan kreatif. Strategi ini diperlukan agar dakwah lewat Internet mendapatkan tempatnya di kalangan masyarakat. Contohnya saja seperti dakwah ustadz Abdul Shomad, dakwah ustadz Hanan Attaky, dakwah ustadz Yusuf Mansur, Ustadz Adi Hidayat, mereka semua menggunakan Blog dan juga situs jejaring sosial sebagai media dakwah melalui internet.  Dan ini juga memudahkan bagi para mad'u untuk bertanya seputar agama kepada situs-situs yang telah dibuat oleh juru dakwah terkenal itu.

    Generasi muda juga perlukan bimbingan untuk terus melayari kehidupan berpaksikan kepada kehendak agama. Namun, kaedah biasa seperti bimbingan melalui komunikasi bersemuka atau menghadiri kelas khusus di sekolah, institusi latihan dan masjid mungkin kurang berkesan.

    Jadi, cara alternatif perlu disediakan untuk menjadi medan bagi remaja mendapatkan sesuatu yang bermanfaat untuk dijadikan panduan hidup. Umum ketahui, landasan paling sesuai untuk berkomunikasi dan mendekati generasi muda ialah di internet dan laman sosial. Anjakan paradigma usaha dakwah secara maya membolehkan dakwah itu sampai kepada semua golongan di mana sahaja mereka berada. Ini bersesuaian dengan hobi generasi muda yang lebih banyak menghabiskan masa di laman sosial. Justeru, kita perlu memanfaatkan sepenuhnya internet untuk melakukan dakwah secara tidak langsung.

    Dakwah maya lebih terbuka dan tidak mensyaratkan seorang pendakwah mahir dalam komunikasi, sebaliknya yang lebih utama ialah ilmu yang disampaikan. Sabda Rasulullah SAW: "Sampaikan daripadaku walaupun hanya satu ayat." (Riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmizi) Namun, tidak semua boleh menjadi pendakwah khususnya dalam menyampaikan ilmu agama. Orang yang berdakwah mestilah mempunyai ilmu mengenai apa yang disampaikan. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku (agama), aku dan orangyang mengikutku mengajak (kamu) kepada Allah SWT dengan hujah yang nyata (ilmu). Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang yang musyrik." (Surah Yusuf, ayat 108) Penyebaran ilmu atau maklumat yang tidak tepat akan merosakkan niat murni untuk berdakwah.Namun, ia tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk sesiapa ingin berdakwah di internet. Banyak usaha yang boleh dilakukan untuk melaksanakan tugas itu.

    Bagi mereka yang tidak mendalami ilmu agama, sudah memadai dia melakukan tugas dakwah di internet dengan cara menyalin atau membuat pautan ke laman tertentu yang disediakan oleh mereka yang alim atau arif mengenainya. Ia membolehkan bahan tersebar lebih meluas. Jika ia dimuatkan di laman sosial seperti Facebook, individu dalam rangkaian sahabat dapat berkongsi sama maklumat itu.Kaedah 'salin dan tampal' memang mudah dilakukan.

Comments

Popular posts from this blog

4.1 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI

4.0 CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAH MELALUI MEDIA SOSIAL

MUKA DEPAN