6.0 USAHA-USAHA DALAM MEMBANGUNKAN LAGI PEMYAMPAIAN DAKWAH MELALUI MEDIA SOSIAL

    Media merupakan faktor penting dalam proses komunikasi pada hari ini dan media juga menjadi perantara komunikasi Islam sebagai saluran bagi menyampaikan idea,maklumat, mesej dan dakwah. Media dan komunikasi saling berkait dalam usaha menyampaikan sesuatu gambaran dan maklumat. media sosial bukan hanya dilihat sebagai medan penyebaran maklumat dan komunikasi semata-mata, tetapi ia berperanan sebagai sumber hiburan dan perantara penyebaran maklumat serta sumber pelbagai aktiviti. media sosial juga dilihat sebagai tempat perkongsian pengetahuan dan maklumat atas talian dalam pelbagai kumpulan yang menggalakkan kemahiran berkomunikasi. 

    Perkembangan hidup masyarakat moden yang begitu membangun dengan kepesatan kemajuan ilmu dan teknologi yang tiada sempadan seperti komunikasi dan liputan informasi yang tiada hadnya membawa keimbangan sahsiah keagamaan seseorang muslim merosot. Tambahan lagi, keunggulan industri teknologi telah mampu menghasilkan alat-alat komunikasi yang begitu murah dan pantas pada masa yang singkat yang sekaligus mempengaruhi penggunaannya. Dalam dunia hiburan khasnya, berkembang dengan pesat memberikan hiburan secara 'live' dan 'record', cetak atau elektronik. Oleh itu, siaran itu bukan sahaja boleh dapat membimbing umat islam kepada pengamalan agama tetapi ia juga sebagai salah satu wadah untuk menjayakan program-program pembinaan keagamaan. Oleh sebab itu, para pemilik program siaran keagamaan haruslah mengetahui strategi dan target sasaran dakwahnya dan serta mengetahui cara untuk melaksanakan program itu dengan sebaik-baiknya. Mengetahui kelompok sasaran utama dan menguasai dengan baik siaran agama yang hendak disampaikan adalah cara yang penting untuk meningkatkan prestasi yang maksimum dalam usaha menjayakan program-program keagamaan. 

    Agama islam ialah agama yang mempunyai motivasi yang kuat dalam usaha untuk mewujudkan masyarakat yang adil dan makmur dengan keguanaan material dan spritual. Islam tidak memisahkan kehidupan beragama dan bernegara kerana motivasi agama merupakan cara yang mampu mengcorakkan semangat masyarakat yang bergama dalam kehidupan. Dengan adanya agama ia dapat membimbing dan membentuk kehidupan manusia daripada kehilangan arah tujuan serta mendapat keindahan dan keberkatan dalam kehidupan. Namun begitu, tujuan ini harus ditanam dan dihidupkan dengan pelbagai cara dan kegiatan dakwah yang lain seperti media elektronik yang dapat membantu keberkesanan dakwah berterusan.

    Internet merupakan jaringan komputer yang luas yang menghubungkan pengguna komputer dengan komputer yang lain dari satu negara ke negara yang lain. Dengan adanya internet ia memudahkan lagi kita browsing, chatting ,surfing dan lain-lain.Internet juga mempunyai tiga kelebihan yang lain seperti never turn off and unlimited access , satu cara untuk mendiskusikan tentang pengalaman spiritual melalui laman forum yang disediakan dan merupakan cara untuk berdakwah yang mana dakwah melalui internet pastinya akan mendapat tindak balas yang positif dan negatif. Oleh itu,strategi berdakwah melalui internet merupakan salah satu cara dapat digunakan oleh pengguna yang ingin berdakwah melaluinya. Untuk mendapat tujuan yang tepat dan berhasil. Seorang pendakwah haruslah pandai memilih media dakwah yang baik sebagai wasilah yang ingin dilakukannya. Pendakwah pada zaman kini tidak hanya menggunakan pidato dan berceramah tetapi sebagai penyelidik dan penyelesaian masalah secara praktis yang menggunakan teknologi semasa sebagai salah satu wadah untuk menyampai medium dakwah dalam membanteras nahi munkar dan menyeru amar makruf. Contohnya, salah satu langkah yang baik telah dilakukan oleh ulamak-ulamak timur tengah dan para cendiakawan islam di Eropah dan Amerika Latin yang menyambut baik media elektronik seperti internet sebagai satu wadah yang terbaik dalam berdakwah. Ianya termasuklah Cybermuslim atau Cyberdakwah, laman web dakwah islam, blog dan jaringan sosial yang lain seperti Instagram, Facebook, Twitter. Kebanyakkan cyber tersebut banyak menawarkan pelbagai kemudahan dan cara-cara yang efektif untuk berdakwah. 

Comments

Popular posts from this blog

4.1 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI

4.0 CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAH MELALUI MEDIA SOSIAL

MUKA DEPAN