Posts

MUKA DEPAN

Image
  MPU23052:  SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM  TAJUK E-FOLIO:  LAMAN SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PENYAMPAIAN DAKWAH  NAMA PENSYARAH:  USTAZAH LIANA BINTI ABDUL SAMAT  DISEDIAKAN OLEH: FATIN NASUHA BINTI MOHD KHAIR (02DGU20F1003) AISYAH NABIHAH BINTI ROSLI (02DGU20F1011)  AFIQAH FARHANA BIN AZAHAR (02DGU20F1031)  NAZWATUL NATASHA BINTI NAHRI (02DGU20F1039) SITI NOR AQILAH BINTI AHMAD SYAMSURAIDI (02DGU20F1091) SESI DIS 2020 

ISI KANDUNGAN

  1.0 PENGENALAN  2.0 KEBAIKAN PENYAMPAIAN DAKWAH MELALUI MEDIUM MEDIA SOSIAL     2.1 SEBAGAI MEDIUM KONGSI MAKLUMAT      2.2 KEMUDAHAN UNTUK MENGAKSES MAKLUMAT TENTANG AGAMA ISLAM  3.0 PERANAN MEDIA SOSIAL DALAM DAKWAH ISLAMIAH  4.0 CABARAN YANG DI HADAPI DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAH MELALUI MEDIA SOSIAL      4.1 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI       5.0 PENYELESAIAN MASALAH DAKWAH ISLAM DI MEDIA SOSIAL      6.0 USAHA-USAHA DALAM MEMBANGUNKAN LAGI PENYAMPAIAN DAKWAH MELALUI MEDIA SOSIAL      6.1 YOUTUBE SEBAGAI MEDIA DAKWAH     6.2 BERDAKWAH MELALUI ALAM MAYA      6.3 MEDIA SOSIAL SEBAGAI INISIATIF PERKASA DAKWAH 7.0 KESIMPULAN 8.0 RUJUKAN 9.0 LAMPIRAN 

1.0 PENGENALAN

  Apabila kita bercakap mengenai dakwah, perkara pertama yang kita bayangkan ialah proses penyebaran ilmu, maklumat dan syiar Islam dengan cara bersemuka (face to face). Tanggapan ini sangat ketara sehingga awal abad ke-20 dimana pada ketika ini proses pendakwahan bersemuka masih lagi ketara dan begitu popular dalam kalangan masyarakat setempat.      Pada awal abad ke 21 ini, perkembangan internet yang sangat pesat terutamanya di negara ini telah memungkinkan serta merancakkan lagi kaedah pendakwahan di negara ini terutamanya melalui medium baru yang mendapat tempat dinegara ini. Dalam era globalisasi, dunia tanpa sempadan dan penggunaan internet yang semakin digemari di negara ini, kaedah pendakwahan baru melalui internet sangat penting dan juga perlu di pertingkatkan. Menurut kenyataan di akhbar Berita Harian yang menyebut bahawa bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012. Sumber ...

2.0 KEBAIKAN PENYAMPAIAN DAKWAH MELALUI MEDIUM MEDIA SOSIAL

     Sudah jelas sekali banyak keuntungan yang diperolehi ketika seorang juru dakwah berdakwah melalui internet. Seperti yang kita tahu, saat ini kebutuhan manusia akan informasi sudah menjadi suatu kebutuhan pokok. Orang-orang disibukkan dengan rutinitas kesehariannya sehingga tidak sempat menonton atau membaca berita lewat televisi atau koran, sehingga mereka menggunakan alternatif untuk dapat mengakses informasi lewat Internet. Dengan kemudahan itu, maka saat ini informasi bisa didapatkan tanpa harus terikat ruang dan waktu.      Ini adalah kesempatan bagi seorang juru dakwah dalam mengembangkan strategi dakwahnya yang lebih inovatif dan kreatif. Strategi ini diperlukan agar dakwah lewat Internet mendapatkan tempatnya di kalangan masyarakat. Contohnya saja seperti dakwah ustadz Abdul Shomad, dakwah ustadz Hanan Attaky, dakwah ustadz Yusuf Mansur, Ustadz Adi Hidayat, mereka semua menggunakan Blog dan juga situs jejaring sosial sebagai media dakwah melalui...

2.1 SEBAGAI MEDIUM KONGSI MAKLUMAT

     Usaha itu biarpun nampak mudah, tetapi kesannya amat besar kerana internet sudah menjadi medium utama perkongsian maklumat masa kini. Boleh dikatakan semua golongan muda mendapat capaian internet sama ada menggunakan komputer, telefon pintar atau gajet lain.       Menyediakan bahan untuk disebarkan itu perlu kepada penyertaan golongan berilmu dalam kalangan ustaz, pegawai agama, guru, pensyarah dan mereka yang terbabit secara langsung dalam ilmu agama. Bahan yang disediakan itu dapat dikongsikan oleh orang lain. Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa menyeru manusia kepada sesuatu kebaikan, dia akan beroleh pahala sebanyak pahala orang yang mengikutnya dan berkekalan selagi orang itu terus melakukan perkara kebaikan itu." (Riwayat Muslim) Agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan agama perlu memainkan peranan utama untuk menyediakan bahan dakwah di internet. Mereka mempunyai pakar dan tenaga terlatih untuk mengendalikan laman web masing-m...

2.2 KEMUDAHAN UNTUK MENGAKSES MAKLUMAT TENTANG AGAMA ISLAM

     Populariti laman sosial seperti Facebook, Twiter dan sebagainya menyebabkan timbulnya usaha untuk membangunkan jaringan sosial tempatan yang sesuai dengan kandungan dan pengguna di Malaysia (Siti Eizaleila dan Azizah, 2010). Ini memberi satu alternatif baru dalam interaksi dan komunikasi melalui ruang maya. Secara amnya, kewujudan laman web rangkaian sosial telah digunakan oleh semua peringkat lapisan masyarakat tidak kira sama ada golongan pelajar, surirumah, para pekerja sektor awam mahupun swasta. Oleh itu, kemunculan media baru khususnya media sosial pada masa kini dilihat sebagai satu wadah penting untuk berdakwah dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut Sohirin (2008), usaha dakwah melalui Internet perlu diberi keutamaan berbanding penggunaan media tradisional. Ini kerana penyampaian mesej dakwah itu boleh merentasi sempadan seterusnya mampu mensasar kepada bukan sahaja orang Islam malah segenap lapisan bangsa. Melalui penggunaan media, pelbagai keperluan semasa...

3.0 PERANAN MEDIA DALAM DAKWAH ISLAMIAH

    Komunikasi adalah satu disiplin ilmu sains sosial yang mendapat tempat dalam dunia akademik sekarang.Ia amat penting kerana ia mendidik kita menjalinkan hubungan antara kita sesama manusia dan antara manusia dengan Allah, Allah pula berfirman (menyampaikan pesan) melalui Al-Quran. Ramai pengkaji disiplin  komunikasi, terutama dari barat telah mengklasifikasikan dan menganalisis pelbagai-bagai tafsiran dan mengwujudkan pelbagai teori tentang komunikasi mengikut perspektif masing-masing. Manakala disiplin ilmu tentang komunikasi dan media Islam diketepikan.      Dalam era globalisasi ini, pelbagai dan bermacam-macam media lahir bagi menyampaikan mesej kepada orang ramai dan mengklasifikasikan kepada media tradisional (akhbar, buku, majalah), media warisan (persembahan seni warisan bangsa) dan media baru (internet, sesawang dan sebagainya).      Umumnya ahli-ahli akademik dan pengamal media dari rakyat jelata terikat dan terpengaruh dengan ‘...