Posts

Showing posts from April, 2021

MUKA DEPAN

Image
  MPU23052:  SAINS, TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM  TAJUK E-FOLIO:  LAMAN SOSIAL SEBAGAI MEDIUM PENYAMPAIAN DAKWAH  NAMA PENSYARAH:  USTAZAH LIANA BINTI ABDUL SAMAT  DISEDIAKAN OLEH: FATIN NASUHA BINTI MOHD KHAIR (02DGU20F1003) AISYAH NABIHAH BINTI ROSLI (02DGU20F1011)  AFIQAH FARHANA BIN AZAHAR (02DGU20F1031)  NAZWATUL NATASHA BINTI NAHRI (02DGU20F1039) SITI NOR AQILAH BINTI AHMAD SYAMSURAIDI (02DGU20F1091) SESI DIS 2020 

ISI KANDUNGAN

  1.0 PENGENALAN  2.0 KEBAIKAN PENYAMPAIAN DAKWAH MELALUI MEDIUM MEDIA SOSIAL     2.1 SEBAGAI MEDIUM KONGSI MAKLUMAT      2.2 KEMUDAHAN UNTUK MENGAKSES MAKLUMAT TENTANG AGAMA ISLAM  3.0 PERANAN MEDIA SOSIAL DALAM DAKWAH ISLAMIAH  4.0 CABARAN YANG DI HADAPI DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAH MELALUI MEDIA SOSIAL      4.1 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI       5.0 PENYELESAIAN MASALAH DAKWAH ISLAM DI MEDIA SOSIAL      6.0 USAHA-USAHA DALAM MEMBANGUNKAN LAGI PENYAMPAIAN DAKWAH MELALUI MEDIA SOSIAL      6.1 YOUTUBE SEBAGAI MEDIA DAKWAH     6.2 BERDAKWAH MELALUI ALAM MAYA      6.3 MEDIA SOSIAL SEBAGAI INISIATIF PERKASA DAKWAH 7.0 KESIMPULAN 8.0 RUJUKAN 9.0 LAMPIRAN 

1.0 PENGENALAN

  Apabila kita bercakap mengenai dakwah, perkara pertama yang kita bayangkan ialah proses penyebaran ilmu, maklumat dan syiar Islam dengan cara bersemuka (face to face). Tanggapan ini sangat ketara sehingga awal abad ke-20 dimana pada ketika ini proses pendakwahan bersemuka masih lagi ketara dan begitu popular dalam kalangan masyarakat setempat.      Pada awal abad ke 21 ini, perkembangan internet yang sangat pesat terutamanya di negara ini telah memungkinkan serta merancakkan lagi kaedah pendakwahan di negara ini terutamanya melalui medium baru yang mendapat tempat dinegara ini. Dalam era globalisasi, dunia tanpa sempadan dan penggunaan internet yang semakin digemari di negara ini, kaedah pendakwahan baru melalui internet sangat penting dan juga perlu di pertingkatkan. Menurut kenyataan di akhbar Berita Harian yang menyebut bahawa bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012. Sumber ...

2.0 KEBAIKAN PENYAMPAIAN DAKWAH MELALUI MEDIUM MEDIA SOSIAL

     Sudah jelas sekali banyak keuntungan yang diperolehi ketika seorang juru dakwah berdakwah melalui internet. Seperti yang kita tahu, saat ini kebutuhan manusia akan informasi sudah menjadi suatu kebutuhan pokok. Orang-orang disibukkan dengan rutinitas kesehariannya sehingga tidak sempat menonton atau membaca berita lewat televisi atau koran, sehingga mereka menggunakan alternatif untuk dapat mengakses informasi lewat Internet. Dengan kemudahan itu, maka saat ini informasi bisa didapatkan tanpa harus terikat ruang dan waktu.      Ini adalah kesempatan bagi seorang juru dakwah dalam mengembangkan strategi dakwahnya yang lebih inovatif dan kreatif. Strategi ini diperlukan agar dakwah lewat Internet mendapatkan tempatnya di kalangan masyarakat. Contohnya saja seperti dakwah ustadz Abdul Shomad, dakwah ustadz Hanan Attaky, dakwah ustadz Yusuf Mansur, Ustadz Adi Hidayat, mereka semua menggunakan Blog dan juga situs jejaring sosial sebagai media dakwah melalui...

2.1 SEBAGAI MEDIUM KONGSI MAKLUMAT

     Usaha itu biarpun nampak mudah, tetapi kesannya amat besar kerana internet sudah menjadi medium utama perkongsian maklumat masa kini. Boleh dikatakan semua golongan muda mendapat capaian internet sama ada menggunakan komputer, telefon pintar atau gajet lain.       Menyediakan bahan untuk disebarkan itu perlu kepada penyertaan golongan berilmu dalam kalangan ustaz, pegawai agama, guru, pensyarah dan mereka yang terbabit secara langsung dalam ilmu agama. Bahan yang disediakan itu dapat dikongsikan oleh orang lain. Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa menyeru manusia kepada sesuatu kebaikan, dia akan beroleh pahala sebanyak pahala orang yang mengikutnya dan berkekalan selagi orang itu terus melakukan perkara kebaikan itu." (Riwayat Muslim) Agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan agama perlu memainkan peranan utama untuk menyediakan bahan dakwah di internet. Mereka mempunyai pakar dan tenaga terlatih untuk mengendalikan laman web masing-m...

2.2 KEMUDAHAN UNTUK MENGAKSES MAKLUMAT TENTANG AGAMA ISLAM

     Populariti laman sosial seperti Facebook, Twiter dan sebagainya menyebabkan timbulnya usaha untuk membangunkan jaringan sosial tempatan yang sesuai dengan kandungan dan pengguna di Malaysia (Siti Eizaleila dan Azizah, 2010). Ini memberi satu alternatif baru dalam interaksi dan komunikasi melalui ruang maya. Secara amnya, kewujudan laman web rangkaian sosial telah digunakan oleh semua peringkat lapisan masyarakat tidak kira sama ada golongan pelajar, surirumah, para pekerja sektor awam mahupun swasta. Oleh itu, kemunculan media baru khususnya media sosial pada masa kini dilihat sebagai satu wadah penting untuk berdakwah dalam kalangan rakyat Malaysia. Menurut Sohirin (2008), usaha dakwah melalui Internet perlu diberi keutamaan berbanding penggunaan media tradisional. Ini kerana penyampaian mesej dakwah itu boleh merentasi sempadan seterusnya mampu mensasar kepada bukan sahaja orang Islam malah segenap lapisan bangsa. Melalui penggunaan media, pelbagai keperluan semasa...

3.0 PERANAN MEDIA DALAM DAKWAH ISLAMIAH

    Komunikasi adalah satu disiplin ilmu sains sosial yang mendapat tempat dalam dunia akademik sekarang.Ia amat penting kerana ia mendidik kita menjalinkan hubungan antara kita sesama manusia dan antara manusia dengan Allah, Allah pula berfirman (menyampaikan pesan) melalui Al-Quran. Ramai pengkaji disiplin  komunikasi, terutama dari barat telah mengklasifikasikan dan menganalisis pelbagai-bagai tafsiran dan mengwujudkan pelbagai teori tentang komunikasi mengikut perspektif masing-masing. Manakala disiplin ilmu tentang komunikasi dan media Islam diketepikan.      Dalam era globalisasi ini, pelbagai dan bermacam-macam media lahir bagi menyampaikan mesej kepada orang ramai dan mengklasifikasikan kepada media tradisional (akhbar, buku, majalah), media warisan (persembahan seni warisan bangsa) dan media baru (internet, sesawang dan sebagainya).      Umumnya ahli-ahli akademik dan pengamal media dari rakyat jelata terikat dan terpengaruh dengan ‘...

4.0 CABARAN YANG DIHADAPI DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAH MELALUI MEDIA SOSIAL

     Era globalisasi dunia mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal permodenan. Perubahan terhadap gaya hidup berorientasikan teknologi dan kemajuan maklumat memberikan kesan dan menjadi cabaran terhadap nilai, budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendikan adat, tatasusila ketimuran dan penghayatan agama.       Perubahan dunia masa kini amat pantas hasil ledakan teknologi maklumat. I ni telah   membawa fenomena apabila penggunaan aplikasi media sosial dalam pelbagai aspek kehidupan termasuklah aktiviti dakwah.  Setiap hari pelbagai hasil ciptaan baru dari inovasi teknologi. Contohnya a plikasi media sosial seperti  Facebook ,  Whatsapps ,  Instagram  dan  Twitter , dilihat berpotensi memberi peluang yang meluas terhadap penyebaran mesej dakwah. Hal ini kerana sifatnya yang pantas, langsung ke sasaran, meluas penggunaannya dan lebih global.  Bukan itu sahaja, teknologi ...

4.1 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI

     Persoalan berkaitan media yang berfungsi sebagai medium pembelajaran agama perlu dilihat dari pelbagai demensi. Agama berkait rapat dengan kepercayaan dan pokok utamanya ialah masalah kepercayaan serta keyakinan diri terhadap Allah swt. Kepercayaan dan keyakinan ini perlu direalisasikan dengan ibadat, akhlak serta tingkahlaku sosial. Media baru sebagai alat menyebarkan maklumat pada masa kini dilihat begitu berbeza dengan medium pembelajaran agama sebagaimana yang dilakukan sebelum ini. Oleh itu, terdapat beberapa isu utama yang menjadi cabaran dalam melebarkan dakwah melalui media baru ini.      Jika dilihat dari sudut yang negatif, banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh masyarakat khususnya golongan remaja dan belia terutamanya isu yg berkaitan dengan gejala sosial yang melibatkan penggunaan media alaf baru ini. Lebih-lebih lagi dengan perkembangan arus semasa, kebanyakan golongan remaja dan belia mengguna media alaf baru untuk menjalin hubungan so...

5.0 PENYELESAIAN MASALAH DAKWAH ISLAM DI MEDIA SOSIAL

     Sebagai pengguna media baru untuk tujuan pembelajaran agama, pengguna perlu memahami bahawa sebarang bentuk nilai maklumat dalam media baru datang dari pelbagai latar belakang penulisan. Terdapat dalam kalangan penulis yang hanya berniat untuk menyiarkan maklumat tanpa asas agama yang kukuh dan menyalin maklumat tersebut untuk disebarkan. Keadaan ini sudah tentu menghilangkan maksud asas mutawatir yang mana ilmunya diperturunkan secara sah. Berdasarkan keadaan ini, pendakwah siber dapat dibahagikan kepada beberapa kategori, kategori pertama ialah pendakwah tulen yang memiliki autoriti dalam bidang agama serta dikenali dalam kalangan masyarakat seperti Dr Zaharudin Abdul Rahman, Dato’ Dr. Muhammad Izhar Ariff dan sebagainya. Kategori kedua ialah golongan pendakwah tulen yang hanya boleh dikesan melalui ketinggian ilmunya dalam mengupas isu-isu Islam tetapi kemasyhurannya belum dikenali dalam kalangan masyarakat. Kategori ketiga pula ialah golongan bukan agamawan tetap...

6.0 USAHA-USAHA DALAM MEMBANGUNKAN LAGI PEMYAMPAIAN DAKWAH MELALUI MEDIA SOSIAL

     Media merupakan faktor penting dalam proses komunikasi pada hari ini dan media juga menjadi perantara komunikasi Islam sebagai saluran bagi menyampaikan idea,maklumat, mesej dan dakwah. Media dan komunikasi saling berkait dalam usaha menyampaikan sesuatu gambaran dan maklumat. media sosial bukan hanya dilihat sebagai medan penyebaran maklumat dan komunikasi semata-mata, tetapi ia berperanan sebagai sumber hiburan dan perantara penyebaran maklumat serta sumber pelbagai aktiviti. media sosial juga dilihat sebagai tempat perkongsian pengetahuan dan maklumat atas talian dalam pelbagai kumpulan yang menggalakkan kemahiran berkomunikasi.       Perkembangan hidup masyarakat moden yang begitu membangun dengan kepesatan kemajuan ilmu dan teknologi yang tiada sempadan seperti komunikasi dan liputan informasi yang tiada hadnya membawa keimbangan sahsiah keagamaan seseorang muslim merosot. Tambahan lagi, keunggulan industri teknologi telah mampu menghasilkan ...

6.1 YOUTUBE SEBAGAI MEDIA DAKWAH

   Sosial media merupakan dua unsur yang disatukan dalam satu aplikasi yang mendukung sosialisai sekaligus sebagai media informasi, baik sifatnya yang terbatas maupun tak terbatas. Pada era globalisasi seperti ini banyak kalangan masyarakat menggunakan media sosial untuk komunikasi, untuk mencari informasi, dan mendapatkan informasi. Media sosial yang popular dan sering digunakan adalah media sosial seperti whatsapp, instagram, facebook, path, line, twitter, youtube, dan lain sebagainya. Menurut Micheal Cross dalam penjelasan Umi Aflaha bahwa media sosial merupakan suatu term yang mendeskripsikan beragam teknologi yang digunakan untuk mengikat orang-orang ke dalam kolaborasi, saling tukar informasi, dan berinteraksi lewat pesan yang berbasis web. Masyarakat sekarang berkomunikasi tidak hanya dengan tatap mata dan bertemu, namun di zaman modernnisasi telah merubah semua gaya hidup masyarakat dengan memberi fasilitas yang mudah. Seperti halnya dulu sesorang kalau mau berkomunika...

6.2 BERDAKWAH MELALUI ALAM MAYA

Generasi muda perlukan bimbingan untuk terus melayari kehidupan berpaksikan kepada kehendak agama. Namun, kaedah biasa seperti bimbingan melalui komunikasi bersemuka atau menghadiri kelas khusus di sekolah, institusi latihan dan masjid mungkin kurang berkesan.          Biasanya generasi muda yang menyertai kelas seumpama itu agak terhad. Mereka berasa tidak selesa atau tidak berkesempatan untuk menghadirinya. Tambahan, situasi biasa orang muda tidak suka kepada sesuatu yang diadakan secara formal kerana sukar untuk memberi komitmen dan pengurusan masa.      Jadi, cara alternatif perlu disediakan untuk menjadi medan bagi remaja mendapatkan sesuatu yang bermanfaat untuk dijadikan panduan hidup. Umum ketahui, landasan paling sesuai untuk berkomunikasi dan mendekati generasi muda ialah di internet dan laman sosial. Anjakan paradigma usaha dakwah secara maya membolehkan dakwah itu sampai kepada semua golongan di mana-mana sahaja mereka berada.Hal Ini b...

6.3 MEDIA SOSIAL SEBAGAI INISIATIF PERKASA DAKWAH

    Dalam era zaman globalisasi kini yang mendedahkan masyarakat terhadap kemajuan teknologi yang pesat dengan kepantasan internet tanpa had, dapat lihat bahawa media sosial adalah salah satu medan dakwah yang penting dan sesuai dilakukan untuk meningkatkan dakwah Islam. Konsep dakwah merupakan aspek penting bagi mencapai kebaikan dan kejayaan dalam kehidupan. Berkait dengan itu, pendekatan media sosial mampu membuahkan hasil yang baik dalam berdakwah terhadap masyarakat umumnya.      Media sosial adalah sejenis media yang digunakan terus secara talian dengan melalui aplikasi-aplikasi tertentu seperti Facebook, Twitter dan Wechat. Media sosial juga merangkumi blog, forum dan rangkaian sosial. Dakwah pula merupakan suatu interaksi penyampai dan penerima melalui pelbagai cara yang bertujuan untuk menyeru masyarakat mahupun individu itu sendiri untuk beriman dan taat kepada Allah dan Rasul-Nya bersesuaian dengan garis akidah, syariat dan akhlak Islam.    ...

7.0 KESIMPULAN

     Peranan media sosial yang meluas dan boleh dikatakan menjadi keutamaan generasi Y kini amat penting dalam penyampaian dakwah. Dakwah adalah perlu berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sampaikan dari ku walaupun satu ayat”. Berdasarkan riwayat Al- Bukhari  ini telah menunjukkan bahawa dakwah adalah penting untuk dilakukan yang mana nabi Muhammad SAW menyuruh untuk berdakwah dan menyampaikan dakwah tersebut melalui pelbagai cara walaupun hanya satu ayat yang digunakan untuk menyeru masyarakat melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Sesungguhnya dakwah itu dituntut dalam Islam.        Seorang Pemikir Islam Syria Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan al-Buthi menyatakan: " Ternyata ledakan ICT dan jaringan internet yang hampir menelan seluruh penjuru dunia adalah merupakan medan luas yang di situ muncul mimbar-mimbar yang menyuarakan kepentingan islam, dengan memperkenalkan, mengajak (dakwah), membela dan menyelesaikan berbagai permasalaha...